Followers

Friday, 25 November 2011

Sukan oh Sukan.......

Harimau Muda hilang taring....



 skuad Olimpik Malaysia yang tampil dengan persembahan bertenaga meskipun gagal menjinakkan Syria apabila tewas 0-2 pada perlawanan kedua aksi kelayakan Olimpik pusingan akhir Zon Asia Kumpulan C di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam kenmarin..

Kim Swee melakukan sedikit perubahan dalam permain utamanya apabila meletakkan Wan Zack Haikal Wan Nor yang digugurkan daripada skuad emas sebelum ini untuk bergandingan bersama Fandi Othman, K. Gurusamy dan Nazmi Faiz Mansor di bahagian tengah sementara Mohammad Zubir Azmi, Amer Saidin, Mohamad Muslim Ahmad dan Mahali Jasuli menerajui benteng pertahanan negara.

Peluang terbaik Malaysia untuk mendahului Syria selepas itu apabila Wan Zack dilihat beberapa kali gagal memanfaatkan hantaran cantik Nazmi Faiz dari tengah padang, sementara tandukan Thamil Arasu sedikit sipi pada masa kecederaan bagi menyaksikan kedua-dua pasukan kekal terikat tanpa jaringan ketika tamat separuh masa pertama.

Malaysia kini menghuni tangga kedua tercorot kumpulan sementara Jepun kekal menerajui Kumpulan C setelah menjinakkan Bahrain 2-0 dalam satu lagi perlawanan semalam.

No comments: